RAMADHAN BERSAMA GENERASI MUMTAZ



Wishing all Generasi Mumtaz friends - selamat berpuasa..

Ramadhan hampir menjelang dan persiapan hendaklah diadakan dengan memahami cara beramal di bulan Ramadhan mengikut sunnah dan jangan menjalani ibadah Ramadhan mengikut adat kerana Rasullah pernah bersabda didalam hadisnya :

Barang siapa menghidupkan sunnahKu ketika rosak umat-Ku maka baginya mendapat pahala seratus syahid. Oleh itu berhati-hatilah melakukan amal supaya mempunyai nilai yang tinggi dan mendapat kesan yang baik disepanjang bulan Ramadhan dan dibawah ini dicatatkan amalan-amalan mengikut sunnah.

CHECK LIST AMALAN DI BULAN RAMADHAN

1. Mengucapkan tahniah (Selamat datang Ramadhan atau Selamat menyambut Ramadhan.

2. Niat sebulan bagi malam yang pertama dan selanjutnya niat untuk hari-hari.

3. Sembahyang Isyak berjamaah di masjid/surau.

4. Solat Tarawikh 20 rakaat.

5. Tadarus membaca bersemak dan berturut-turut juzuk.

6. Tidur malam membaca 4 ayat terakhir Surah Al Kahfi supaya dikejutkan bangun tepat jam 4.00 pagi.

7. Bangun jam 4.00 pagi dan setengah jam untuk Qiamullail ringan (Solat Tahjud, Solat Taubat dan Solat Hajat)

8. Jam 4.30 pagi kaum ibu masak sahur.

9. Jam 5.00 pagi/5.15 pagi makan sahur.

10.Jangan tidur sesudah sahur.

11.Solat Subuh berjemaah di Masjid.

12.Tadarus pendek.

13.Matahari tinggi segalah, lakukan solat Isyraq.

14.Menjalankan kerja harian dan menjaga pancaindera.

15.Jam 11.00 pagi tunaikan Solat Dhuha.

16.Lakukan Solat Kafarah Baul 2 rakaat. Rakaat pertama selepas Fatihah baca Surah Al Kautsar 7 kali dan rakaat kedua selepas Fatihah baca Surah Ikhlas 7 kali.

17.Jam 12.00 tengahari tidur, niat tidur waktu Qailulah (ganti jaga satu jam diwaktu sahur)

18.Solat Zuhur berjemaah.

19.Tadarus pendek.

20.Sebelah petang kaum ibu menyediakan berbuka petang.

21.Solat Asar berjemaah di Masjid.

22.Jika masa petang jangan gunakan untuk bersiar-siar atau menonton TV yang melibatkan kemaksiatan. Sebaik-baiknya digunakan untuk mengikuti majlis-majlis ilmu atau berdoa kerana waktu itu amat mustajab.

23. Berbuka dengan ala kadar iaitu minuman yang belum dipanas oleh api atau dengan buah kurma atau buah tempatan.

24.Segera Solat Maghrib di Masjid.

25.Makan malam bersama keluarga.

26.Bersiap sedia untuk ke masjid menunaikan Solat Isyak dan Tarawikh secara berjemaah.

KELEBIHAN-KELEBIHAN YANG LAIN

1. Menghadiri majlis ilmu setiap langkah di beri pahala ibadah sunah setahun.

2. Mengekali berjemaah diberi balasan dengan disediakan sebuah bandar khas di Syurga.

3. Membuat hubungan baik kepda kedua ibu bapa, Allah pandang dengan penuh kasih sayang.

4. Isteri taat kepada suami diberi pahala seperti pahala Asiah dan Mariam.

5. Sesiapa yang menyampaikan hajat saudaranya disampaikan 1000 hajatnya di akhirat.


Mengurangkan berat badan di dalam menjalani ibadah Ramadhan

1. Sebelum puasa timbang badan

2. Kawal berbuka puasa

3. Pastikan semakin lama menunaikan ibadah puasa akan semakin kurang berat badan

4. Elakan daripada makan berlebihan


RANCANG PENINGKATAN IBADAH RAMADHAN

1. Sepuluh hari yang pertama adakan muhasabah amalan.

2. Sepuluh hari yang kedua, pastikan keimanan bertambah kuat dan selaraskan dengan sempena Nuzul Quran.

3. Sepuluh hari yang ketiga kuatkan azam untuk beramal di malam Al Qadr :

i. Dengan melakukan Solat Maghrib,Isyak dan Tarawikh berjemaah.

ii. Atau ditambah dengan Solat Subuh berjemaah

iii. Duduk dengan air sembahyang dan baca Al-Quran, Ayat Kursi, Surah Al Baqarah terakhir (Amanarrasul) , Surah Az-zalzalah, Suraah Al Kafirun, Surah al Ikhlas dan Surah Yasin.

iv. Bagi kaum ibu yang uzur, baca zikir.

v. Bangun pukul 1.00 pagi tunaikan Solat Sunat Wuduk, Solat Hajat, Solat Tasbih, Solat Taubat, Solat Istikarah.

vi. Jika sedang beramal, badan terasa sejuk dan terharu maka inilah tanda-tanda mendapat Lailatul Qadar.

SELAMAT TINGGAL RAMADHAN

i. Pastikan Tarawikh terakhir

ii. Ucapkan Selamat Tinggal Ramadhan dengan penuh terharu dan berdoa semoga dipertemukan sekali lagi dengan Ramadhan yang akan datang.
Leer completo...

KARYA SULUNG - AL AKH RIJALMUMTAZ



Haikal Nasrullah, Sang Mujahid graduan Undang-undang dan Falsafah Islam dari Universiti Madinah yang pendiam tetapi petah berkata-kata. Diamnya berisi mutiara agama yang cukup bernilai. Dia hafiz Al Quran serta pengkaji permata Nabawi dan Qudsi. Pemergian tunangnya,Haffatir Raa-ihah menemui Ilahi telah membawa kesan yang besar dalam hidupnya. Pemuda yang sukar terikat dengan mana-mana gadis, cuma Haffatir Raa-ihah yang berjaya memenangi hatinya. Gadis yang hanya wujud dalam ingatan dan rindunya sahaja. Hatinya hanya ada Haffatir Raa-ihah semata-mata. Tiada yang dapat menggantikannya. Kehadiran Anneesa Kenzabryna, gadis berdarah Melayu-Netherland membuka mata Sang Mujahid tentang keutamaan cinta pada Yang Maha Cinta. Liku-liku perjalanan mujahadah Sang Mujahid yang diwarnai dengan kebencian, fitnah, dendam dan cinta yang terpendam. Tasdiq (Kebenaran) cinta Sang Mujahid tercabar dengan kehadiran Puteri Roman Katolik, Deborah Jasmyne yang sarat dengan agenda licik. Apakah agenda Puteri Gereja tersebut? Mengapakah dia berbuat sedemikian? Mampukah Sang Mujahid berjaya memurnikan syahadah cintanya? Selami kisah intifadah tauhid,antara cinta dan keutuhan akidah dalam TASDIQ CINTA... Lailahaillallah, Muhammadur Rasulullah. Inilah kalimah Tasdiq Cinta (Kebenaran Cinta)....
Leer completo...

MARHABAN YA RAMADHAN


Bulan Ramadhan bulan berganda. Setiap apa saja yang dilakukan akan mendapat balasan berganda. Malahan nafsu kita juga turut berganda walaupun pada bulan ini syaitan dirantai oleh Allah. Ini adalah kerana nafsu telah bertapak di hati dan bermaharajalela.

Saudara-saudari,

Apabila kita membuat kesilapan kita sering menyalahkan syaitan dan iblis yang menggoda kita. Tetapi mengapakah kesilapan yang sama turut berlaku dalam bulan Ramadhan? Adakah rantai-rantai yang membelit kaki-kaki syaitan itu terlalu panjang hingga dapat memberi 'petunjuk' kepada kita?

Sabda Rasulullah saw.:
"Apabila datang bulan Ramadhan, dibukakan pintu langit dan ditutup pintu neraka serta dibelenggu segala syaitan."

Semoga dengan keberkatan Ramadhan ini kita akan dapat menggilap kembali hati kita yang pudar dan melumpuhkan nafsu-nafsu hitam yang bertahta di hati kita selama ini. Oleh itu, inilah masa yang perlu digunakan sebaik mungkin untuk mendidik kembali nafsu kita yang selama ini dikongkong oleh syaitan. Berpuasa bukanlah sekadar berlapar semata-mata. Tetapi puasa adalah berlapar di samping mendidik nafsu dan peribadi manusia. Ini adalah jihad yang maha besar yang perlu dihadapi oleh setiap  umat Islam.

Nabi Muhammad saw pernah bersabda:
"Berjihadlah kamu dengan lapar dan dahaga kerana pahalanya seperti pahala mujahid di jalan Allah (fi sabilillah) dan sesungguhnya tiada amalan yang lebih diperkenankan oleh Allah selain menahan lapar dan dahaga"

Saudara-saudari,

Bulan Ramadhan ini adalah anugerah Allah sebagai lambang kasih sayang kepada hamba-hamba Nya. Allah tidak mensia-siakan keletihan umatnya yang berpuasa hinggakan tidur di waktu siang juga diberikan pahala. Begitu besarnya kasih sayang Allah pada kita. Oleh itu marilah bersama-sama kita menilai diri kita. Semoga tahun ini amalan kita akan semakin bertambah dan sempurna perlaksanaannya. Insya Allah. Janganlah kita termasuk dalam golongan yang menganiayai diri
sendiri.

Sabda Rasulullah saw:
"Barangsiapa yang mendirikan Ramadhan dengan penuh keimanan nescaya diampunkan segala dosa-dosanya yang lalu."

Wasalam
Leer completo...

PROFIL SYARIKAT




INSPIRASI ILMU / KNOWLEDGE INSPIRATION

Sabda Rasulullah s.a.w yang berbunyi :

مَن أَرَادَ الدُّنْيَا فَعَلَيهِ بِالعِلمِ وَمَن أَرَاَد الآخِرَة فَعَلَيهِ بِالعِلمِ وَمَن أَرَادَهُمَا فَعَلَيهِ بِالعِلمِ

Maksudnya : Sesiapa yang inginkan dunia maka hendaklah dia berilmu, sesiapa yang inginkan akhirat maka dia juga mesti berilmu dan sesiapa yang ingin keduanya iaitu dunia dan akhirat maka dia lebih dituntut agar berilmu.

Hadith di atas cukup menggambarkan betapa pentingnya penguasaan ilmu untuk mencapai kejayaan di dunia dan di akhirat.Ilmu merupakan nadi ataupun inti kepada sesuatu perjuangan dan matlamat. Tanpa ilmu,sesuatu usaha itu umpama pohon tanpa akarnya.Maka,kewujudan Generasi Mumtaz bakal menitikberatkan penguasaan ilmu merangkumi ilmu duniawi dan ukhrawi melalui wasilah pengajaran, kemahiran,kesedaran dan sebagainya.

5 KONSEP UTAMA / MAJOR CONCEPTS

1. Ilmu Yang Menyeluruh / Thorough Knowledge
2. Keimanan Yang Jitu / The Solid Faith
3. Amalan Yang Berkesan / The Effective Practical
4. Mesra Madh’u / Subjects-Friendly
5. Satu Usrah / One Family Root

NAMA KOMERSIAL / COMMERCIAL NAME

Generasi Mumtaz Training Center.

VISI / VISION

Generasi Mumtaz Training Center akan meneruskan kesinambungan perjuangan Islam mengikut peredaran masa,melalui penguasaan ilmu,sahsiah dan kepimpinan berteraskan Al Quran dan As Sunnah.


MISI / MISSION

Menyuburkan kembali nilai-nilai keislaman dalam setiap ahli masyarakat.
Melahirkan golongan perintis pemimpin agama dan negara pada masa hadapan.
Mewujudkan wasilah penguasaan ilmu agama dan semasa tanpa batasan.
Melahirkan golongan pemikir Islam yang terdiri daripada Ulul Albab (Educated Person) dan Ulul Amri (Future Leaders).

MOTTO / TAGLINE

“Where the MUMTAZ human were created”


Leer completo...

GENERASI MUMTAZ PUBLICATION (GMP)



Generasi Mumtaz Publication (GMP) merupakan satu sekretariat yang berperanan menghasilkan hasil kerja Islamik seperti buletin,risalah dan karya.
Berkonsepkan bil maqal, GMP menjadi wadah untuk penyebaran pemikiran dan idea di kalangan ahli GMTC. GMP juga merupakan salah satu wasilah untuk mempromosikan CMTC. Pengurusan GMP diketuai oleh Timb.Pengarah Urusan, Al Ukht Nadia Izzati Bte Nordin.

Leer completo...

MUMTAZ FACILITATOR CLUB (MFC)



Mumtaz Facilitator Club (MFC) merupakan satu team  fasilitator yang bernaung di bawah Generasi Mumtaz Training Center. Fasilitator ini terdiri daripada kalangan trainer-trainer  terlatih yang mempunyai latar belakang pendidikan yang berbeza. MFC berperanan untuk menjadi agen training  untuk mana-mana program yang dianjurkan. Pengurusan MFC diketuai oleh Pengarah Urusan, Al Akh Mohd Amirul Bin Yaakob.
Leer completo...

BUATMU PARA PEJUANG ISLAM



PUISI DAKWAH
(Suatu inspirasi dari Arkanul Bai`ah)

Katakanlah, “Inilah jalanku, aku mengajak kalian kepada Allah dengan bashiroh, aku dan pengikut-pengikutku – mahasuci Allah, dan aku bukan termasuk orang-orang yang musyrik”.
Ikhwah wal Akhawat, Para Da`ie !!
Jalan dakwah panjang terbentang jauh ke depan
Duri dan batu terjal selalu mengganjal, lurah dan bukit menghadang
Ujungnya bukan di usia, bukan pula di dunia
Tetapi Cahaya Maha Cahaya, Syurga dan Redha Allah
Cinta adalah sumbernya, hati dan jiwa adalah rumahnya
Pergilah ke hati-hati manusia ajaklah ke jalan Rabbmu
Nikmati perjalanannya, berdiskusilah dengan bahasa bijaksana
Dan jika seseorang mendapat hidayah keranamu Itu lebih baik dari dunia dan segala isinya…
Ikhwah wal Akhawat, Para Junudud Dakwah !! Pergilah ke hati-hati manusia ajaklah ke jalan Rabbmu Jika engkau cinta maka dakwah adalah FAHAM
Mengerti tentang Islam, Risalah Anbiya dan warisan ulama Hendaknya engkau fanatik dan bangga dengannya
Seperti Mughirah bin Syu’bah di hadapan Rustum Panglima Kisra
Jika engkau cinta maka dakwah adalah IKHLAS
Menghiasi hati, memotivasi jiwa untuk berkarya
Seperti Kata Abul Anbiya, “Sesungguhnya sholatku ibadahku, hidupku dan matiku semata bagi Rabb semesta” Berikan hatimu untuk Dia, katakan “Allahu ghayatuna”
Jika engkau cinta maka dakwah adalah AMAL
membangun kejayaan ummat bila dan di mana saja berada
yang bernilai adalah kerja bukan semata ilmu apalagi lamunan
Sasarannya adalah perbaikan dan perubahan, al ishlah wa taghyir
Dari diri pribadi, keluarga, masyarakat hingga negara
Tingkatkan kerja secara tertib untuk mencapai nusrah dari Allah Jika engkau cinta maka dakwah adalah JIHADSungguh-sungguh di medan perjuangan melawan kebatilan.
Tinggikan kalimah Allah rendahkan kalimah syaitan durjana Kerja keras tak kenal lelah adalah rumusnya, Tinggalkan kemalasan, lamban, dan berpangkutangan
Jika engkau cinta maka dakwah adalah TAAT
Kepada Allah dan Rasul, Alqur-an dan Sunnahnya serta orang-orang bertaqwa yang tertata
Taat adalah wujud syukurmu kepada hidayah Allah karenanya nikmat akan bertambah melimpah penuh berkah
Jika engkau cinta maka dakwah adalah TADHHIYAH,
Bukti kesetiaan dan kesiapan memberi, pantang meminta
Bersedialah banyak kehilangan dengan sedikit menerima
Karena yang disisi Allah lebih mulia, sedang di sisimu fana belaka
Sedangkan tiap titisan keringat berpahala lipat ganda
Jika engkau cinta maka dakwah adalah THABAT,
Hati dan jiwa yang tegar walau banyak rintangan
Buah dari sabar meniti jalan, teguh dalam barisan
Istiqomah dalam perjuangan dengan kaki tak tergoyahkan
Berjalan lempang jauh dari penyimpangan Jika engkau cinta maka dakwah adalah TAJARRUD
Ikhlas di setiap langkah menggapai satu tujuan
Padukan seluruh potensimu libatkan dalam jalan ini,
Engkau da’i sebelum apapun adanya engkau
Dakwah tugas utamamu sedang lainnya hanya sampingan
Jika engkau cinta maka dakwah adalah TSIQOH
Kepercayaan yang dilandasi iman suci penuh keyakinanKepada Allah, Rasul, Islam, Qiyadah dan Junudnya
Hilangkan keraguan dan pastikan kejujurannya…Karena inilah kafilah kebenaran yang penuh berkah Jika engkau cinta maka dakwah adalah UKHUWAH
Lekatnya ikatan hati berjalin dalam nilai-nilai persaudaraan
Bersaudaralah dengan muslimin sedunia, utamanya mukmin mujahidin
Salamatus Shodri merupakan syarat terendahnya, Itsar bentuk tertingginya Dan Allah yang mengetahui menghimpun hati-hati para da’ie dalam cinta-Nya
berjumpa karena taat kepada-Nya
Melebur satu dalam dakwah ke jalan Allah, saling berjanji untuk menolong syariat-Nya
Leer completo...

Warga Kerja Generasi Mumtaz Training Center

TERBARU DARI GMTC

get this widget here

BORANG KEAHLIAN RASMI MUMTAZ FACILITATOR CLUB(MFC)

NAME:
AGE:
IC NUMBER:
SEX:
RACE:
STATUS:
HOBBIES:
DATE OF BIRTH:
PLACE OF BIRTH:
POSTAL ADDRESS:
MOBILE NUMBER:
EMAIL ADDRESS:
EDUCATION/INSTITUTION:
COURSES:
EXPERIENCE TO BE A FACILITATOR?
SKILLS IN PROGRAMMES: MODUL & ACTIVITIES
SPORT & GAMES
FACILITATOR
CATERING
DISCIPLINE
IBADAH
OTHERS
DECLARATION: I declare that all the above information is true.I also promised to commit the best to Generasi Mumtaz Training Center.

Create a web form here