KEM IBADAH REMAJA (MUMTAZ IBADAH)





Salam Generasi Mumtaz

Insyaallah, dengan izin Allah, maka pihak Generasi Mumtaz Training Center dengan kerjasama Jawatankuasa Masjid Al Bukhary, Alor Star, Kedah dan Yayasan Al Bukhary akan menganjurkan dua program pemantapan ibadah bagi anak-anak remaja Qaryah. Harapan GMTC agar program ini dapat memantapkan ibadah dan menanamkan kecintaan dalam diri setiap remaja untuk mencintai agama. Untuk tujuan murni tersebut, satu sesi diskusi dengan pihak Yayasan Al Bukhary akan diadakan bagi membincangkan mengenai pendetilan dan penyusunan program tersebut agar segala objektif dapat dicapai
Program : Kem Ibadah Remaja
Tarikh : 29-31 Mei 2012 (Lelaki)
3-5 Jun 2012 (Perempuan)
Tempat : Masjid Al Bukhary
Fasilitator : 6 Muslimin
                  6 Muslimat
Untuk setakat ini, fasilitator Muslimin sudah mencukupi enam orang,manakala bagi fasilitator muslimat masih kekurangan 3 orang. Jadi bagi sesiapa yang berminat untuk menjadi fasilitator bolehlah menghubungi kami dengan segera.
Semoga usaha murni ini diberkati Allah
"where the MUMTAZ human were created"


Leer completo...

Montaj Promo GMTC


Leer completo...

Mengejar Cinta & Cita-cita



Coretan 1

‘Mengejar Cinta dan Cita-cita’.Ya! Dia sering muncul di hati dan fikiranku.Aku harus tetap teguh.Hatiku tetap teguh.Hatiku mengadu…Ya Allah,Anugerahkanlah kami kekuatan hati.Saudaraku,hatiku berteriak lagi dalam kesedihan…’aku inginkan kebahagiaan!’.Lantaran itu,Rabbku mengajarku…’Bahagia itu pada keimanan yang benar kepada Allah’.Hatiku kembali tenang dengan sentuhan tarbiyah dari-Nya.Aku merasai kemanisan dan kepuasannya.

Ya Allah,jadikan hidupku sentiasa mengejar Cinta-Mu dan sentiasa merindui saat Cita-citaku menjadi benar,bertemu-Mu dalam syahid fi sabilillah.

Ulasan Dari Coretan 1:

Siapakah ‘Dia’ dalam coretan di atas?
‘Dia’ adalah Cinta iaitu,mencintai Allah dan Cita-cita,iaitu mati dalalm syahid fi sabilillah.
Saudaraku,memelihara hati untuk sentiasa mencintai Allah terasa amat sukar.Mengapa?Kerana jiwa kita ini amat mudah tersasar…lebih mencintai dunia(makhluk,harta,pangkat,gelaran dll).Sebab itu,iman kita sering meritih lemah dan bimbang.Namun,bisikan imanlah yang mendorong kita untuk memohon kekuatan dari-Nya untuk kekalkan hati yang hidup.Saudaraku,cinta Allah tidak akan hadir ke dalam hati kita yang masih ada sedikit cinta kepada dunia.

Begitu juga dengan cita-cita tertinggi kita…Syahid.Adakah kita telah mempersiapkan diri kita untuk bertemu-Nya?Adakah kita terpilih untuk mendapat husnul khotimah?

Saudaraku,hakikatnya kita sedang mengejar cinta dan cita-cita.Jika iman yang menguasai hati dan akal kita,insyaallah,seluruh kehidupan kita akan sentiasa menyedari diri kita sebagai hamba-Nya.Tetapi,jika nafsu yang menguasai,jadilah kita manusia yang selalu lalai dalam kehidupan daripada mengingati Allah.Semoga Allah mengurniakan kita kekuatan iman dalam kehidupan ini.Marilah kita saling berpesan-pesan dengan kebenaran dan kesabaran.Saling mendokan.

SUMBER: AL AKH MOHD ZULHILMI BIN AHMAD RODZI
(PENGURUS LATIHAN DAN FASILITATOR)
Leer completo...

Raih Maghfirah Di Fasa Kedua Ramadhan


Tanpa disedari, waktu berjalan begitu pantas dan kita sekarang telah berada difasa ke-2 bulan Ramadhan iaitu fasa pengampunan (maghfirah).
Bagi mereka yang terlepas peluang untuk mengaut imbuhan pada fasa pertama (rahmat), maka bersegeralah bangkit semula untuk mengejar dan mengambil peluang dengan sebaik-baiknya pada fasa ke-2 ini.
Marilah kita memperbanyakkan doa memohon keampunan dari Allah pada waktu ini. Ini adalah bonus yang diberikan Allah kepada kita dan janganlah kita melepaskannya. Banyakkan membaca doa ini :
اللَّهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ تُحِبُّ العَفْوَ فَاعْفُ عَنَّا
Allahumma innaka ‘afuuwun tuhibbul ‘afwa fa’fu ‘annaa
Maknanya : Ya Allah, sesungguhnya engkau amat pemaaf, menyukai kemaafan, maka maafkanlah kami
Ayuhlah kaum muslimin dan muslimat sekalian, kita melipatkali gandakan amalan pada bulan Ramadhan ini dan meneruskannya pada malam 10 terakhir dan semoga amalan baik yang kita lakukan pada bulan Ramadhan ini menjadi titik permulaan perubahan ke arah kebaikan untuk diri kita semua.
Leer completo...

10 Muwasofat Tarbiyah Prinsip Utama GMTC




1.      Akidah yang sejahtera (Salimul Aqidah)

2.      Ibadah yang sahih (Sahihul Ibadah)

3.      Akhlak yang sempurna (Matinul Khuluq)

4.      Tersusun urusannya (Munazhzhamun fi Syu’unihi)

5.      Sihat tubuh badanya (Qawiyal Jism)

6.      Berdisiplin dengan masa (Harithun ala waktihi)

7.      Pandai berdikari (Qadiran ‘ala Kasbi)

8.      Bersungguh sungguh melawan hawa nafsu (Mujahadah ala nafsi)

9.      Bermanfaat untuk orang lain (Nafiaun li ghairihi)

10. Berilmu pengetahuan (Mutsaqqafal Fikri)
  
Leer completo...

KENALI WARGA KERJA TERTINGGI GMTC

LEMBAGA MUDIR PENASIHAT / ADVISOR:

USTAZ MOHD FUAD BIN AHMAD
(Pendidik/Motivator)

USTAZAH UMMUL HUSNA BINTI YAAKOB
(Pendidik)

PUAN NOR AZIMAH BINTI MOHD NOOR 
(Pendidil/Kaunselor)

PENGARAH URUSAN / MANAGING DIRECTOR:


AL AKH MOHD AMIRUL BIN YAAKOB (RIJALMUMTAZ)
Ijazah Sarjana Muda Bahasa Arab-INSANIAH
Rijalmumtaz92@gmail.com
013 5820892
Baling,Kedah

TIMB.PENGARAH URUSAN / CO.MANAGING DIRECTOR:


AL UKHT NADIA IZZATI BINTI NORDIN (NISA’MUMTAZ)
Biological Science,Program Matrikulasi KPM-Kolej Matrikulasi Kedah
013 4133145
Sungai Petani,Kedah

SETIAUSAHA AGUNG / FORMAL SECRETARY:


AL UKHT NURUL ‘AINAA BINTI MOHD HAFIZUDDIN

Pendidik/Tutor
sirat_taubah@yahoo.com
013 5223482
Sungai Petani,Kedah

PENGURUS DANA & KEWANGAN / MANAGER OF FUND & FINANCIAL:


AL UKHT NUR HIDAYAHTUL HUSRA BINTI ABDUL MANAS

Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan-UIAM
nur_126229@yahoo.com
013 4159094
Baling,Kedah

PENGURUS ICT & MULTIMEDIA / MANAGER OF ICT & MULTIMEDIA:


AL AKH MOHD KHOHA BIN MOHD RODZI

Diploma Kejuruteraan Elektrik Kuasa – UiTM
pro_dae01@yahoo.com
013 4755305
Baling,Kedah

PENGURUS PEMBANGUNAN INSAN & PRODUKTIVITI / MANAGER OF HUMAN  DEVELOPMENT & PRODUCTIVITY:


AL AKH MUHAMMAD NAZIM BIN MUSTAFA

Diploma Sains Sukan-UiTM
013 4848850
Baling,Kedah

PENGURUS LATIHAN & FACILITATOR / MANAGER OF TRAINING & FASILITATOR:


AL AKH MOHD ZULHILMI BIN AHMAD RODZI
Ijazah Sarjana Muda Syariah-INSANIAH
013 2997716
Masjid Tanah,Melaka

TIMB.PENGURUS LATIHAN & FACILITATOR /CO. MANAGER OF TRAINING & FASILITATOR:


AL UKHT NUR ATIQAH BINTI ABDUL HALIM
Ijazah Sarjana Muda Syariah-INSANIAH
019 4324751
Sungai Petani,Kedah

PENGURUS PEMASARAN & PROMOSI / MANAGER OF MARKETING & PROMOTION:


AL AKH WAN AHMAD FAIQ BIN WAN ADNAN
Ijazah Sarjana Muda Usuluddin-INSANIAH
umarlahmi06@yahoo.com
019 9519256
Kota Bharu,Kelantan


TIMB.PENGURUS PEMASARAN & PROMOSI / CO.MANAGER OF MARKETING & PROMOTION:



AL UKHT ADILATUL EZZAH BINTI SUHAIMI
Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan-INSANIAH
013 4324195
Bukit Mertajam,Pulau Pinang





Leer completo...

Buletin-Buletin Hasil Terbitan GMTC

Assalamualaikum...Berikut adalah buletin-buletin yang telah diterbitkan oleh Generasi Mumtaz Training Center dibawah pengendalian Generasi Mumtaz Publication (GMP).Buletin-buletin ini telah diterbitkan sejak tahun 2008 hingga sekarang.Penerbitan ini adalah bertujuan untuk menyebarkan hasil fikrah warga GMTC di samping mempromosikannya.












Leer completo...

RAMADHAN BERSAMA GENERASI MUMTAZ



Wishing all Generasi Mumtaz friends - selamat berpuasa..

Ramadhan hampir menjelang dan persiapan hendaklah diadakan dengan memahami cara beramal di bulan Ramadhan mengikut sunnah dan jangan menjalani ibadah Ramadhan mengikut adat kerana Rasullah pernah bersabda didalam hadisnya :

Barang siapa menghidupkan sunnahKu ketika rosak umat-Ku maka baginya mendapat pahala seratus syahid. Oleh itu berhati-hatilah melakukan amal supaya mempunyai nilai yang tinggi dan mendapat kesan yang baik disepanjang bulan Ramadhan dan dibawah ini dicatatkan amalan-amalan mengikut sunnah.

CHECK LIST AMALAN DI BULAN RAMADHAN

1. Mengucapkan tahniah (Selamat datang Ramadhan atau Selamat menyambut Ramadhan.

2. Niat sebulan bagi malam yang pertama dan selanjutnya niat untuk hari-hari.

3. Sembahyang Isyak berjamaah di masjid/surau.

4. Solat Tarawikh 20 rakaat.

5. Tadarus membaca bersemak dan berturut-turut juzuk.

6. Tidur malam membaca 4 ayat terakhir Surah Al Kahfi supaya dikejutkan bangun tepat jam 4.00 pagi.

7. Bangun jam 4.00 pagi dan setengah jam untuk Qiamullail ringan (Solat Tahjud, Solat Taubat dan Solat Hajat)

8. Jam 4.30 pagi kaum ibu masak sahur.

9. Jam 5.00 pagi/5.15 pagi makan sahur.

10.Jangan tidur sesudah sahur.

11.Solat Subuh berjemaah di Masjid.

12.Tadarus pendek.

13.Matahari tinggi segalah, lakukan solat Isyraq.

14.Menjalankan kerja harian dan menjaga pancaindera.

15.Jam 11.00 pagi tunaikan Solat Dhuha.

16.Lakukan Solat Kafarah Baul 2 rakaat. Rakaat pertama selepas Fatihah baca Surah Al Kautsar 7 kali dan rakaat kedua selepas Fatihah baca Surah Ikhlas 7 kali.

17.Jam 12.00 tengahari tidur, niat tidur waktu Qailulah (ganti jaga satu jam diwaktu sahur)

18.Solat Zuhur berjemaah.

19.Tadarus pendek.

20.Sebelah petang kaum ibu menyediakan berbuka petang.

21.Solat Asar berjemaah di Masjid.

22.Jika masa petang jangan gunakan untuk bersiar-siar atau menonton TV yang melibatkan kemaksiatan. Sebaik-baiknya digunakan untuk mengikuti majlis-majlis ilmu atau berdoa kerana waktu itu amat mustajab.

23. Berbuka dengan ala kadar iaitu minuman yang belum dipanas oleh api atau dengan buah kurma atau buah tempatan.

24.Segera Solat Maghrib di Masjid.

25.Makan malam bersama keluarga.

26.Bersiap sedia untuk ke masjid menunaikan Solat Isyak dan Tarawikh secara berjemaah.

KELEBIHAN-KELEBIHAN YANG LAIN

1. Menghadiri majlis ilmu setiap langkah di beri pahala ibadah sunah setahun.

2. Mengekali berjemaah diberi balasan dengan disediakan sebuah bandar khas di Syurga.

3. Membuat hubungan baik kepda kedua ibu bapa, Allah pandang dengan penuh kasih sayang.

4. Isteri taat kepada suami diberi pahala seperti pahala Asiah dan Mariam.

5. Sesiapa yang menyampaikan hajat saudaranya disampaikan 1000 hajatnya di akhirat.


Mengurangkan berat badan di dalam menjalani ibadah Ramadhan

1. Sebelum puasa timbang badan

2. Kawal berbuka puasa

3. Pastikan semakin lama menunaikan ibadah puasa akan semakin kurang berat badan

4. Elakan daripada makan berlebihan


RANCANG PENINGKATAN IBADAH RAMADHAN

1. Sepuluh hari yang pertama adakan muhasabah amalan.

2. Sepuluh hari yang kedua, pastikan keimanan bertambah kuat dan selaraskan dengan sempena Nuzul Quran.

3. Sepuluh hari yang ketiga kuatkan azam untuk beramal di malam Al Qadr :

i. Dengan melakukan Solat Maghrib,Isyak dan Tarawikh berjemaah.

ii. Atau ditambah dengan Solat Subuh berjemaah

iii. Duduk dengan air sembahyang dan baca Al-Quran, Ayat Kursi, Surah Al Baqarah terakhir (Amanarrasul) , Surah Az-zalzalah, Suraah Al Kafirun, Surah al Ikhlas dan Surah Yasin.

iv. Bagi kaum ibu yang uzur, baca zikir.

v. Bangun pukul 1.00 pagi tunaikan Solat Sunat Wuduk, Solat Hajat, Solat Tasbih, Solat Taubat, Solat Istikarah.

vi. Jika sedang beramal, badan terasa sejuk dan terharu maka inilah tanda-tanda mendapat Lailatul Qadar.

SELAMAT TINGGAL RAMADHAN

i. Pastikan Tarawikh terakhir

ii. Ucapkan Selamat Tinggal Ramadhan dengan penuh terharu dan berdoa semoga dipertemukan sekali lagi dengan Ramadhan yang akan datang.
Leer completo...

KARYA SULUNG - AL AKH RIJALMUMTAZ



Haikal Nasrullah, Sang Mujahid graduan Undang-undang dan Falsafah Islam dari Universiti Madinah yang pendiam tetapi petah berkata-kata. Diamnya berisi mutiara agama yang cukup bernilai. Dia hafiz Al Quran serta pengkaji permata Nabawi dan Qudsi. Pemergian tunangnya,Haffatir Raa-ihah menemui Ilahi telah membawa kesan yang besar dalam hidupnya. Pemuda yang sukar terikat dengan mana-mana gadis, cuma Haffatir Raa-ihah yang berjaya memenangi hatinya. Gadis yang hanya wujud dalam ingatan dan rindunya sahaja. Hatinya hanya ada Haffatir Raa-ihah semata-mata. Tiada yang dapat menggantikannya. Kehadiran Anneesa Kenzabryna, gadis berdarah Melayu-Netherland membuka mata Sang Mujahid tentang keutamaan cinta pada Yang Maha Cinta. Liku-liku perjalanan mujahadah Sang Mujahid yang diwarnai dengan kebencian, fitnah, dendam dan cinta yang terpendam. Tasdiq (Kebenaran) cinta Sang Mujahid tercabar dengan kehadiran Puteri Roman Katolik, Deborah Jasmyne yang sarat dengan agenda licik. Apakah agenda Puteri Gereja tersebut? Mengapakah dia berbuat sedemikian? Mampukah Sang Mujahid berjaya memurnikan syahadah cintanya? Selami kisah intifadah tauhid,antara cinta dan keutuhan akidah dalam TASDIQ CINTA... Lailahaillallah, Muhammadur Rasulullah. Inilah kalimah Tasdiq Cinta (Kebenaran Cinta)....
Leer completo...

MARHABAN YA RAMADHAN


Bulan Ramadhan bulan berganda. Setiap apa saja yang dilakukan akan mendapat balasan berganda. Malahan nafsu kita juga turut berganda walaupun pada bulan ini syaitan dirantai oleh Allah. Ini adalah kerana nafsu telah bertapak di hati dan bermaharajalela.

Saudara-saudari,

Apabila kita membuat kesilapan kita sering menyalahkan syaitan dan iblis yang menggoda kita. Tetapi mengapakah kesilapan yang sama turut berlaku dalam bulan Ramadhan? Adakah rantai-rantai yang membelit kaki-kaki syaitan itu terlalu panjang hingga dapat memberi 'petunjuk' kepada kita?

Sabda Rasulullah saw.:
"Apabila datang bulan Ramadhan, dibukakan pintu langit dan ditutup pintu neraka serta dibelenggu segala syaitan."

Semoga dengan keberkatan Ramadhan ini kita akan dapat menggilap kembali hati kita yang pudar dan melumpuhkan nafsu-nafsu hitam yang bertahta di hati kita selama ini. Oleh itu, inilah masa yang perlu digunakan sebaik mungkin untuk mendidik kembali nafsu kita yang selama ini dikongkong oleh syaitan. Berpuasa bukanlah sekadar berlapar semata-mata. Tetapi puasa adalah berlapar di samping mendidik nafsu dan peribadi manusia. Ini adalah jihad yang maha besar yang perlu dihadapi oleh setiap  umat Islam.

Nabi Muhammad saw pernah bersabda:
"Berjihadlah kamu dengan lapar dan dahaga kerana pahalanya seperti pahala mujahid di jalan Allah (fi sabilillah) dan sesungguhnya tiada amalan yang lebih diperkenankan oleh Allah selain menahan lapar dan dahaga"

Saudara-saudari,

Bulan Ramadhan ini adalah anugerah Allah sebagai lambang kasih sayang kepada hamba-hamba Nya. Allah tidak mensia-siakan keletihan umatnya yang berpuasa hinggakan tidur di waktu siang juga diberikan pahala. Begitu besarnya kasih sayang Allah pada kita. Oleh itu marilah bersama-sama kita menilai diri kita. Semoga tahun ini amalan kita akan semakin bertambah dan sempurna perlaksanaannya. Insya Allah. Janganlah kita termasuk dalam golongan yang menganiayai diri
sendiri.

Sabda Rasulullah saw:
"Barangsiapa yang mendirikan Ramadhan dengan penuh keimanan nescaya diampunkan segala dosa-dosanya yang lalu."

Wasalam
Leer completo...

Warga Kerja Generasi Mumtaz Training Center

TERBARU DARI GMTC

get this widget here

BORANG KEAHLIAN RASMI MUMTAZ FACILITATOR CLUB(MFC)

NAME:
AGE:
IC NUMBER:
SEX:
RACE:
STATUS:
HOBBIES:
DATE OF BIRTH:
PLACE OF BIRTH:
POSTAL ADDRESS:
MOBILE NUMBER:
EMAIL ADDRESS:
EDUCATION/INSTITUTION:
COURSES:
EXPERIENCE TO BE A FACILITATOR?
SKILLS IN PROGRAMMES: MODUL & ACTIVITIES
SPORT & GAMES
FACILITATOR
CATERING
DISCIPLINE
IBADAH
OTHERS
DECLARATION: I declare that all the above information is true.I also promised to commit the best to Generasi Mumtaz Training Center.

Create a web form here